wanita solehah


flash banner


Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI IBU

RASANYA masih belum terlewat untuk saya merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, umi, mama dan emak di Malaysia yang disambut Ahad lalu(10 Mei).
Sesungguhnya, walau apa juga gelaran yang diberikan kepada insan istimewa dan mulia ini, jasa mereka memang tidak terhingga. Tanpa ibu, kita tidak akan lahir ke dunia ini.
Bagaimana garang sekalipun seorang ibu itu, ia tidak pernah merenggangkan hubungan antara ibu dan anak. Ini kerana garangnya ibu adalah untuk mengasuh dan mendidik anak-anak agar menjadi manusia berguna.
Cuma mungkin ibu itu kurang mahir untuk menunjukkan kasih sayang dengan perkataan. Namun saya tahu, jauh di sudut hati ibu, apa juga tindakannya adalah demi kebaikan anak-anaknya. Sementelah pula, tidak semua manusia itu sempurna kejadiannya.
Sesungguhnya saya dan suami reda dan bersyukur dianugerahkan oleh Allah seorang ibu bernama Misbandiah Mumbari dan Fatma Abdullah, dan saya juga bangga menjadi ibu kepada anak-anak yang bernama Dina, Farah, Irfan, Yana dan Muiz.

No comments:

Post a Comment